Saya selalu menggunakan teknik ini dalam menyediakan fail-fail untuk di email dalam kerja-kerja seharian saya, menyimpan bukti pembayaran di dalam proses jual-beli online, bukti pembayaran bil online dan macam-macam lagi. Adalah lebih kelihatan profesional jika kita emailkan dokumen-dokumen dalam format PDF jika berurusan secara online.
Fail format PDF boleh di buka oleh sesiapa sahaja yang mempunyai program Acrobat Reader. berlainan jika di emailkan fail dalam format-format lain (cth : Microsoft Word). Fail tidak akan dapat dibuka jika pengguna menggunakan versi yang lebih rendah dari versi fail yang dihantar (cth : pengguna tidak boleh membuka fail dalam format Microsoft Word 2003 jika pengguna menggunakan applikasi Microsoft Word 97 di dalam komputer mereka). Di sinilah teknik ini kelihatan amat perlu.
Saya menggunakan program cutePDF untuk melakukan teknik mudah ini. Program cutePDF boleh di muat turun di lama web rasmi cutePDF. Anda perlu install 2 fail / program dari web ini :
- Converter - sebagai 'enjin' utama untuk menukar format fail. Muat turun di sini - FREE Converter
- CuteWriter - program utama untuk teknik mudah ini. Muat turun di sini - FREE CuteWriter
Langkah - langkah :
- Install program yang telah di muat turun (Converter dan CuteWriter) - proses installation amat mudah.
- Selepas proses installation selesai, anda boleh cetak APA SAJA - Microsoft document, text file, gambar dan lain-lain menggunakan aplikasi ini.
- Untuk mencetak, anda cuma perlu pilih menu print pada mana-mana program yang berkaitan. Satu tetingkap 'Print' akan dipaparkan dan 'CutePDF writer' akan disenaraikan sebagai 'pencetak baru' (rujuk gambar di bawah). Pilih 'CutePDF writer' untuk mencetak dokumen tesebut.

- Tetingkap 'Save As' akan dipaparkan untuk anda 'menamakan' fail PDF anda (rujuk gambar di bawah). TIPS - berikan nama yang meaningful untuk memudahlan anda mencari semula fail tersebut nanti apabila diperlukan. (Cth : Saya membuat bayaran bil elektrik online pada bulan 05 Mei 2010. Saya akan namakan file tersbut sebagai "TNBPmt20100505.pdf" - hanya contoh. mungkin anda ada naming convention anda sendiri)

- Nah... anda telah berjaya menukar format fail anda kepada format PDF menggunakan teknik mudah sama yang saya gunakan.
Teknik mudah. Memang mudah untuk orang yang sudah biasa dengan hal-hal teknikal ini, tapi masih ramai yang tercari-cari caranya.
Teknik mudah yang telah saya sediakan ialah satu teknik yang memberikan hasil asas atau proses conversion yang straight forward. Untuk hasil yang lebih advance seperti reverse conversion (menukarkan fail format PDF kepada format lain, menambahkan sekuriti fail dengan meletakkan password / katalaluan untuk fail PDF anda dll.) , anda perlu membeli versi Professional melalui laman web rasmi cutePDF.
Anda juga boleh menggunakan program-program lain seperti NitroPDF crack version untuk hasil yang lebih advance dari CutePDF FREE Version. Sila request dan tinggalkan email anda pada ruangan komen untuk mendapatkan NitroPDF crack version dari saya.


0